CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 26, 2010

Lawatan Bermaklumat ke Cameron Highlands





HATI ke HATI


Pada bulan lepas, pertemuan dari hati ke hati diantara Ketua Pengawas (Mohd Zulharafaie bin Zulkifle) dengan semua pelajar lelaki SMK Bukit Besi telah dilaksanakan. Antara isi kandungan ucapan beliau adalah menyeru semua pelajar lelaki supaya tidak meninggalkan solat dan mengajak semua pelajar lelaki bersama-sama ke surau sekolah untuk menunaikan solat fardhu Zuhur secara berjemaah.

Beliau menegaskan betapa pentingnya solat yang menjadi tiang agama seseorang muslim. Beliau juga menyeru agar semua pelajar lelaki supaya bersama-sama membasmi masalah rokok yang semakin berleluasa di kalangan pelajar lelaki. Program ini berlangsung selama lebih kurang 30 minit. Selepas ini diharapkan semua pelajar lelaki dapat memberikan kerjasama dalam memastikan tahap disiplin pelajar lelaki dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Thursday, April 15, 2010

PERKHEMAHAN PEMIMPIN PELAJAR DI HUTAN LIPUR CHEMERUNG





Monday, February 1, 2010

Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2010

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya telah berlangsung pada 27 Januari 2010, jam 8.30 pagi di Dewan SMK Bukit Besi. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Syahmi bin Mohd Bali.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Md. Nasir bin Haron selaku tuan pengetua SMK Bukit Besi. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang dilantik dan diharapkan agar semua pemimpin dapat melakasanakan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab. Beliau menegaskan pemimpin-pemimpin yang dilantik adalah mendapat kepercayaan daripada semua guru.

Majlis dirasmikan oleh ASP Elias bin Abu Bakar, wakil pegawai polis dari IPD Dungun. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar semua pemimpin dapat memberi kerjasama positif kepada semua pihak. Penyampaian watikah kepada semua Pengawas PSS disempurnakan oleh Encik Md. Nasir bin Haron (Pengetua SMK Bukit Besi). Manakala penyampaian watikah kepada semua PRS dilaksanakan oleh YM Tuan Shamsuri bin Tuan Jaafar (YDP PIBG SMK Bukit Besi) dan yang terakhir sekali adalah penyampaian watikah kepada semua Pengawas Sekolah oleh Tuan ASP Elias bin Abu Bakar (Pegawai Polis IPD Dungun).

Setelah selesai, saudara Mohd Zulharafaie bin Zulkifle (Ketua Pengawas Lelaki) mengetuai bacaan ikrar oleh semua pengawas. Cenderahati disampaikan oleh YM Tuan Shamsuri bin Tuan Jaafar kepada Tuan ASP Elias bin Abu Bakar.



Dif-dif Jemputan berarak memasuki Dewan Semerbak


Majlis Bermula

Ucapan Perasmian oleh Tuan ASP Elias bin Abu Bakar dari IPD Dungun

Ucapan Oleh Tuan Pengetua, Encik Md. Nasir bin Haron

Penyampaian Watikah Pelantikan
Lafaz ikrar oleh pemimpin sekolah diketuai oleh Ketua Pengawas, Mohd Zulharafaie bin Zulkifle

Penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh YDP PIBG,
YM Tuan Shamsuri bin Tuan Jaafar

Persiapan untuk nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah

Barisan Pengawas SMK Bukit Besi sesi 2010

Para Pengawas tidak sabar menunggu untuk menerima Watikah Pelantikan

Friday, January 22, 2010

BENGKEL PEMANTAPAN PENGAWAS FASA 1

Pada 22 Januari 2010 yang lalu telah diadakan Bengkel Pemantapan Pengawas Fasa 1 sesi 2010. Bengkel ini berlangsung selama lebih kurang enam jam bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Majlis ini dipengerusikan oleh Mohd Shahrulneezal bin Mohd Shazali.

Bengkel ini dipecahkan kepada empat slot iaitu slot yang pertama bertajuk “Amanat Pengetua”, slot yang kedua bertajuk “ Kepimpinan Dinamik”, slot yang ketiga bertajuk “Peranan Pengawas sebagai Role Model” dan slot yang terakhir adalah slot “Membongkar Rahsia Di Sebalik Buku Peraturan Disisplin”. Antara fasilitator yang terlibat ialah Encik Md. Nasir bin Haron (Pengetua), Puan Shamsiah binti Mohd Ariffin (PK HEM), Encik Muhammad bin Daud (Kaunselor Sekolah), Encik Syamsul Bahari bin Abdul Rahman (S/U Badan Disiplin) dan Cik Saliha binti Said (S/U Badan Pengawas).

Bengkel ini diharapkan dapat memantapkan lagi kepimpinan Badan Pengawas Sekolah selaras dengan visi dan misi sekolah. Pendedahan yang diberikan kepada pengawas sekolah diharapkan dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka memandang pengawas adalah pemimpin yang paling hampir dengan semua pelajar SMK Bukit Besi.



THE MAKING OF JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

MAJLIS PERPISAHAN - PK HEM

IKRAR PENGAWAS

"BAHAWASANYA KAMI, PENGAWAS-PENGAWAS SMK BUKIT BESI BAGI SESI 2010. BERIKRAR DAN BERJANJI, AKAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN KEPADA KAMI DENGAN PENUH KEINSAFAN, TANGGUNGJAWAB DAN DEDIKASI.

KAMI JUGA BERIKRAR AKAN MEMIKUL AMANAH YANG DIBERIKAN, DEMI MEMASTIKAN DISIPLIN, SAHSIAH DAN KETERAMPILAN DIRI, DIJUNJUNG DAN SENTIASA TERPELIHARA.

KAMI JUGA BERIKRAR, AKAN MENDUKUNG CITA-CITA, ASPIRASI SEKOLAH DAN NEGARA, SELARAS DENGAN VISI DAN MISI SEKOLAH, KE ARAH BESTARI JANA KEUNGGULAN."